Location: Thread Page Untuk Dewa dan Dewi

Discussion: 10 Dalil Kenapa Anda Tidak Patut Cari KerjaReported This is a featured thread

Showing 1 post
Dewa-Dewi
Dewa-Dewi
10 Dalil Kenapa Anda Tidak Patut Cari Kerja
Feb 9 2009, 1:23 PM EST | Post edited: Feb 9 2009, 1:23 PM EST
1. Sangat Tidak Bijak

Mendapatkan pekerjaan untuk wang saraan sepertinya suatu idea yang bagus. Hanya ada satu sahaja masalahnya iaitu; tidak bijak! Mendapatkan wang saraan hidup dengan cara ini ialah paling tidak bijak. Mengapa?

Kerana anda hanya dibayar untuk masa yang anda habiskan untuk bekerja (untuk majikan). Dengan kata lain anda menjual masa anda. Berapakah harga anda dibayar untuk 1 jam? Sehari? Seminggu? Sebulan, malah setahun? Atau seumur hidup? Ramai yang tidak nampak kelemahan mendapatkan wang dengan cara ini. Mungkin kerana dewasa dalam keadaan masyarakat yang mempraktikkan budaya ini. Mungkin juga telah di brainwash oleh sesetengah pihak tanpa sedar.

Bukankah lebih bagus sekiranya anda dibayar walaupun anda sedang makan, tidur, bermain dengan anak-anak? Bukankah lebih bagus sekiranya anda dibayar 24 jam sehari? Fikirkan bagaimana caranya untuk anda dibayar sama ada anda sedang bekerja atau tidak. Sebagaimana pokok tetap tumbuh walaupun semasa anda tidak mempedulikannya, kenapa tidak akaun anda?

Orang yang kurang bijak menghabiskan sebahagian besar masa untuk bekerja untuk majikan. Manakala orang-orang yang bijak menghabiskan masa membina “sistem” pendapatan (passive income) walau pada mula tidak seberapa hasilnya, tetapi akhirnya membuahkan pendapatan lumayan. Contoh paling umum ialah berniaga, membina laman web, menjadi pelabur, projek pertanian atau menjana pendapatan royalti hasil kerja-kerja kreatif seperti penulisan buku dan sebagainya.

Apabila sistem pendapatan yang anda bina berjalan dengan baik, hanya dengan sedikit “sentuhan” bijak, ia akan melonjak naik menaburkan hasil lumayan.

Memanglah pada mulanya memerlukan ketekunan dan ketabahan. Inilah sebenarnya yang tidak ada pada kebanyakan orang. Termasuk anda? Mungkin tidak…

SELEBIHNYA SILA BACA DI http://www.pasirmas.co.cc
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None

Sign in to be the first to reply.