Sign in or 

|
Jagung |
Apa yang bohong tentang CINTA yang patut anda ketahui.
Jul 20 2008, 8:37 AM EDT
Ramai yang tahu perkataan CINTA,tapi tak ramai yang dapat mentafsir perkataan CINTA. Ramai yang berCINTA, tapi jika ditanya apa itu CINTA pasti berbeza jawapannya. Ramai yang mencari CINTA, itu menunjukkan dalam hati mereka tiada CINTA, jika ada kenapa masih mencari? Ramai berkata wang tidak dapat membeli CINTA, tapi kenapa maskahwin beribu-ribu? Ramai berkata "saya ikhlas menCINTAi, tapi kenapa kecewa jika CINTA tiada berbalas? orang ikhlas tidak mengharap balasan. Ramai berkata "CINTA ku satu dan hanya untuk mu", tapi kenapa setelah isteri@suami meninggal dunia, masih kahwin lain? Ramai mengharap pasangannya sanggup berkorban apa saja demi CINTA, soalnya adakah anda sanggup berkorban sebagaimana anda harap pasangan anda berkorban? Ramai berkata "aku sanggup berkorban apa saja demi CINTA ku pada mu", tapi kenapa masih marah jika pasangannya beralih pada orang lain? bukankah itu termasuk pengorbanan? Ramai yang kecewa luka parah dek kerana CINTAnya dikhianati dan mempersoalkan kenapa? lupakah yang dia pernah mengkhianati CINTA Tuhan padanya (melakukan dosa). Ramai berkata "CINTA ku padamu kekal abadi", bukankah tiada yang KEKAL kecuali Tuhan? 2 out of 2 found this valuable. Do you?
Keyword tags:
cinta
|