Thread Page Untuk Dewa dan DewiThis is a featured page



Sang Pencinta Sekalian..


Di sini adalah tempat untuk anda meletakkan (post) thread anda untuk dikongsi bersama komuniti kita. Sebarang persoalan atau cadangan atau sekadar berbual kosong seeloknya diletakkan di sini berbanding page anda sendiri kerana page ini akan bertindak sebagai papan kenyataan komuniti.

Atau anda juga boleh membuka page baru untuk diletakkan di bawah page ini (sila lihat cara-cara meletakkan page di page "Komuniti Cinta Dan Jodoh (Dewa dan Dewi)".

Satu peraturan saja untuk para Dewa dan Dewi sekalian, just make sure content thread anda janganlah berbaur lucah atau seangkatannya. Kalau ada, dengan amat tak relanya kami terpaksa buang thread tersebut.

Ok. Ada apa-apa topik yang menarik? Post thread anda sekarang juga! ; )



Thread Page Untuk Dewa dan Dewi - Komuniti Cinta Dan Jodoh


Dewa-Dewi
Dewa-Dewi
Latest page update: made by Dewa-Dewi , Oct 14 2008, 6:53 PM EDT (about this update About This Update Dewa-Dewi Edited by Dewa-Dewi

1 image added

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Dewa-Dewi 10 Dalil Kenapa Anda Tidak Patut Cari Kerja 0 Feb 9 2009, 1:23 PM EST by Dewa-Dewi
Thread started: Feb 9 2009, 1:23 PM EST  Watch
1. Sangat Tidak Bijak

Mendapatkan pekerjaan untuk wang saraan sepertinya suatu idea yang bagus. Hanya ada satu sahaja masalahnya iaitu; tidak bijak! Mendapatkan wang saraan hidup dengan cara ini ialah paling tidak bijak. Mengapa?

Kerana anda hanya dibayar untuk masa yang anda habiskan untuk bekerja (untuk majikan). Dengan kata lain anda menjual masa anda. Berapakah harga anda dibayar untuk 1 jam? Sehari? Seminggu? Sebulan, malah setahun? Atau seumur hidup? Ramai yang tidak nampak kelemahan mendapatkan wang dengan cara ini. Mungkin kerana dewasa dalam keadaan masyarakat yang mempraktikkan budaya ini. Mungkin juga telah di brainwash oleh sesetengah pihak tanpa sedar.

Bukankah lebih bagus sekiranya anda dibayar walaupun anda sedang makan, tidur, bermain dengan anak-anak? Bukankah lebih bagus sekiranya anda dibayar 24 jam sehari? Fikirkan bagaimana caranya untuk anda dibayar sama ada anda sedang bekerja atau tidak. Sebagaimana pokok tetap tumbuh walaupun semasa anda tidak mempedulikannya, kenapa tidak akaun anda?

Orang yang kurang bijak menghabiskan sebahagian besar masa untuk bekerja untuk majikan. Manakala orang-orang yang bijak menghabiskan masa membina “sistem” pendapatan (passive income) walau pada mula tidak seberapa hasilnya, tetapi akhirnya membuahkan pendapatan lumayan. Contoh paling umum ialah berniaga, membina laman web, menjadi pelabur, projek pertanian atau menjana pendapatan royalti hasil kerja-kerja kreatif seperti penulisan buku dan sebagainya.

Apabila sistem pendapatan yang anda bina berjalan dengan baik, hanya dengan sedikit “sentuhan” bijak, ia akan melonjak naik menaburkan hasil lumayan.

Memanglah pada mulanya memerlukan ketekunan dan ketabahan. Inilah sebenarnya yang tidak ada pada kebanyakan orang. Termasuk anda? Mungkin tidak…

SELEBIHNYA SILA BACA DI http://www.pasirmas.co.cc
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None
jue_83 Persahabatan 0 Jan 18 2009, 1:00 PM EST by jue_83
Thread started: Jan 18 2009, 1:00 PM EST  Watch
Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
~ Khalil Gibran

1  out of 1 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: sahabat
Jagung Apa yang bohong tentang CINTA yang patut anda ketahui. 0 Jul 20 2008, 8:37 AM EDT by Jagung
Thread started: Jul 20 2008, 8:37 AM EDT  Watch
Ramai yang tahu perkataan CINTA,
tapi tak ramai yang dapat mentafsir perkataan CINTA.

Ramai yang berCINTA,
tapi jika ditanya apa itu CINTA pasti berbeza jawapannya.

Ramai yang mencari CINTA,
itu menunjukkan dalam hati mereka tiada CINTA, jika ada kenapa masih mencari?

Ramai berkata wang tidak dapat membeli CINTA,
tapi kenapa maskahwin beribu-ribu?

Ramai berkata "saya ikhlas menCINTAi,
tapi kenapa kecewa jika CINTA tiada berbalas? orang ikhlas tidak mengharap balasan.

Ramai berkata "CINTA ku satu dan hanya untuk mu",
tapi kenapa setelah isteri@suami meninggal dunia, masih kahwin lain?

Ramai mengharap pasangannya sanggup berkorban apa saja demi CINTA,
soalnya adakah anda sanggup berkorban sebagaimana anda harap pasangan anda berkorban?

Ramai berkata "aku sanggup berkorban apa saja demi CINTA ku pada mu",
tapi kenapa masih marah jika pasangannya beralih pada orang lain? bukankah itu termasuk pengorbanan?

Ramai yang kecewa luka parah dek kerana CINTAnya dikhianati dan mempersoalkan kenapa?
lupakah yang dia pernah mengkhianati CINTA Tuhan padanya (melakukan dosa).

Ramai berkata "CINTA ku padamu kekal abadi",
bukankah tiada yang KEKAL kecuali Tuhan?
2  out of 2 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: cinta
Showing 3 of 3 threads for this page